isi dari hati

dalam kehidupan ni, kita tak boleh mengharapkan orang sekeliling sangat.sebab orang yang sedang berada disekiling kita ni sama ja macam kita.kadang-kadang depa(mereka) boleh naikkan kita malah boleh jatuhkan kita bila-bila masa ja...percaya dengan diri sendiri.kita boleh! heyyyyyy orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh pulak? padahal kita dengan orang lain tu sama ja haa.Allah cipta kita sebagai manusia sama ja...apa yang depa ada, kita ada tak lebih tak kurang.tapi in case yang ada kekurangan atau kelebihan tu, dia punya anugerah lah....nobody perfect haa.Allah Maha Sempurna.

kadang-kadang kita tak boleh terlalu berharap.yaaa harapan itu akan mengundang kesakitan.aku pernah berharap.suatu ketika dahulu.aku berharap agar aku dapat kembali pada masa lampau dan membetulkan keadaan.tapi hakikatnya, harapan itu hanyalah harapan kosong.mana mungkin kita akan kembali pada masa dahulu.lama kelamaan aku semakin sedar betapa bodohnya aku kerana menunggu dan berharap pada yang tak pasti.

aku juga pernah berharap agar keajaiban akan berlaku.mungkin 'keajaiban' itu telah berlaku tanpa aku sedari.aku juga pernah berharap akan 'peluang kedua'.tapi percayalah, peluang yang ke-2 tidak akan sama dengan yang pertama.kadang-kadang peluang kedua akan lebih membahagiakan kita malah akan lebih menderitakan kita.

kita manusia.yaa manusia.manusia mempunyai perasaan.ada hati.ada pepatah yang mengatakan 'ikut hati mati.' tapi apa gunanya kita manusia diberikan akal untuk berfikir tetapi tidak digunakan untuk berfikir?rugi kan? jika hati kita benar, maka benarlah kita.jika hati kita salah maka salahlah kita.apa-apa pun, semuanya bermula daripada hati.jagalah hati kita dengan sebaiknya.dan jangan sampai ianya mati.

ingatlah, Allah Maha Mengetahui...jikalau rasa macam lonely, forever alone tu, hah cepat-cepat bersujud.hihi  Allah rindu nak dengar rintihan kita lah tuuu.kalau rasa macam errrr tu, ceritalah pada Allah.Allah kan ada.tak pernah tinggal kita.Dia selalu dengar.baik kan Allah?yaa sangat baik. :)


Comments

Popular posts from this blog

every ticking of clock is gold!

Aman and Guns N' Roses

oh TUHAN.....