sudah......

Aku sendirian
Sedang Cuba untuk bangun
Bangun dengan kaki aku sendiri
Telah lama aku hanyut
Hanyut ditenggelami perasaan
Perasaan yang sangat menyakitkan
Dah lama aku tak rasa sakit begini
Sekarang, aku sedang berjuang
Berjuang untuk menyembuhkan hati INI

Dia  datang dan pergi begitu saja
Sudah tentu ini semua bukan salah dia
aku mengaku,
Apa  yang sedang terjadi terhadap diri aku ini
Semuanya berpunca daripada diri aku sendiri
aku biarkan dia masuk dalam hati aku
Setiap masa aku asyik memikirkan tentang dia
Bodohnya aku.........

Rasa yang sama seperti beberapa tahun yang lalu
Cuma, orang yang berlainan
Tapi aku dapat merasakan,
Kali INI punya kesakitan melebihi daripada tahun sebelumnya
Sakit ini membuatkan aku terus terduduk dan memikirkan perasaan sendiri
Pernah aku tertanya-tanya ,mengapa aku sering menjadi mangsa
Tapi aku sendiri tiada jawapan untuk soalan tersebut

Aku pernah suka dia dan aku masih menyukai dia
Walaupun aku tahu ini amat menyakitkan aku,
Aku masih suka dia
Setiap masa aku berdoa agar aku diberi kekuatan untuk melupakan dia
Maksud aku di sini bukanlah lupa untuk selamanya.....
Aku ingin melupakan segala kenangan ketika bersama dia
Kerana setiap detik aku ingat,
Aku menjadi bukan aku
Dan aku sangat tak suka perasaan tu
Ia seolah-olah mentertawakan aku

Walau apa pun yang terjadi,
Dia tetap kawan aku, buddy aku, sahabat aku, reminder aku
Bagi aku, sekali berkawan bermakna kawan untuk selamanya
Aku sangat terharu dan bersyukur kerana aku diberi peluang
Untuk mengenali dirinya
aku mengaku, dia sangat baik, soleh...
Sangat beruntung kepada kekasih hati a.k.a Bakal zaujah dia

Dalam diam, sedikit sebanyak,
Dia telah membawa aku mengenali Sang Pencipta dengan lebih dekat lagi
Dalam diam, aku menyukai dia....
Aku suka sifat yang ada pada dia
Dia dah sedarkan aku bahawa tiada tempat Yang paling indah melainkan di atas sejadah
Tiada bahasa yang sangat cantik melainkan ayat-ayat Al-Quran
Tiada Surat yang sangat hebat dibaca melainkan Surat cinta daripada Allah....
Aku mula menyukai dia saat dia ingatkan aku tentang Allah...
Dia dah kembalikan hidup aku...
Dia dah banyak beri aku kesedaran
Tapi, dia tak akan tau.....
And maybe he will know THIS.

Aku, kalau text dengan lelaki....
Jarang akan ada satu perasaan&sifat tu
Tapi bila dengan dia, aku suka.
Aku sangat selesa
aku sangat selesa dengan dia...
Rasa macam mana tah
Aku sendiri pun taktau nak describe macam mana
Yang aku tau,
aku akan senyum dan terus tersenyum........

Tapi itu dulu lah....
Sekarang dah berubah....
Aku sedih......
Sedih sangat.....
Dia dah ada orang Lain........
Hahahahahahaha
Padan muka aku!!!
Dok syok sorang2 lagi.....hehee
Tak apa lah...
Tak ada jodoh....
Jodoh dia dgn org lain...
Bila fikirkan balik,
Betul cakap someone ni.
Kalau betul lah dia betul-betul sukakan aku....
Mesti dia tunggu aku.
Dan akan bagitau aku dari awal...
Salah aku jugak...lewat sangat nak dpat kekuatan nak bgtau dia kata aku suka dia
Kan dah melepas.hahaha
Takpaaaaaaaaaa! Takda jodoh.hahahaha

Aku tak pernah rasa berani sangat mcm ni
Berani maksud aku,
Berani nak bagitau dia yang aku sukakan dia
Dia sendiri lah ni pernah Kata kat aku,
Kalau suka bagitau ja terus.
Aku dah dapat opportunity tuuuuu
Mmg aku nak bagitau dia dah......
Tapi lewat hanya beberapa jam.
MUNGKIN.....
Pada malam yang sama, dia dah ada kekasih....
Ya Allah...........
Rasa macam nak terjun bangunan.seriously,
Aku sangat kecewa dengan dia, kecewa dengn Diri sendiri
Kecewa dgn dia sebab, on that night, aku sanggup stay up sebab nak text dgn dia Dan nak bgtau lah.siap buat ayat semua.aku sanggup tebalkan muka......tapi, on the same time, dia dengan si dia....Dan reply text aku lewat pagi.tapi time tu aku dah tertidur.tah pukul berapa aku tertidur aku pun taktau..
aku rasa macam nak masuk dalam tanah Dan takmau keluaq dah
Punya lah maluuuuuuuuuuu hanya Allah ja yang tau betapa malunya aku dengan diri sendiri.....
Dan aku bersyukur sangat sebab tak sempat nak bagitau dia.
Hahahahaahhahaha

And now, untuk mengelakkan aku daripada dok gila sorang2, aku ambil keputusan untuk post Benda ni.
Aku tak kisah la kalau dia baca or tak.
Kalau tk, lagi bagus.he he
Kalau dia baca, tak kisah lah dia nak marah aku ka apa ka....
Kalau marah cakap yaaaaa...hihihi

Heyyyyyyy sudahhhhhhhhhhhh
Aku rasa dah macam merapu lebih2 pulak....
Minta maaf yaaaaa

aku percaya......
Dia dan aku akan dapat orang yang lebih baik...
InsyaAllah......
Semoga dia kan terus bahagia dengan kehidupan dia
Dan aku akan turut bahagia.....
Letih laaaaa hidup mcm ni
Aku harap lepas aku post benda ni,
Hidup aku akan lebih bermakna.
Hahahahaahahahha

Have a nice day :)


Comments

Popular posts from this blog

every ticking of clock is gold!

Aman and Guns N' Roses

oh TUHAN.....