aku sedar aku tak sempurna
tapi aku tahu tak da apa yang sempurna di muka bumi ini melainkanNya
aku sedar aku tak baik
tapi aku sedang cuba untuk jadi lebih baik
aku sedar aku tak kuat
tapi akan aku gagahi supaya kuat
aku sedar aku tak layak untukmu
tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk terima hakikat tersebut
aku sedar hidup ini tak lama
tapi aku cuba menjadi insan yang taat kepadaNya
aku sedar aku anak yang bermasalah buat ibu dan ayah
tapi aku sedang cuba untuk jadi anak yang solehah
aku sedar bila-bila masa saja Allah akan tarik aku
tapi aku sedang cuba untuk bersedia

Comments

Popular posts from this blog

Sah pekasam

................................

KOSONG