wira hatiku

IBU........
engkau lah wira di hatiku.....
ibu, adik tahu ibu sedang lemah.tapi ibu sedang berpura-pura untuk kuat.ibu, adik anak kandung ibu.adik rasa apa yang ibu sedang rasa.walaupun adik tak sepenuhnya rasa apa yang ibu sedang alami..... ibu.... ibu sebenarnya kuat.adik percaya dan yakin terhadap ibu.adik tau ibu seorang yang kuat, pantang menyerah kalah.ibu, ibu dah banyak mengajar adik untuk hidup berdikari.ibu selalu ajar adik untuk sentiasa bersedia walau dalam apa keadaan sekalipun.ibu..... adik minta maaf sebab selama adik hidup, adik belum berjaya buat ibu senang dan bahagia. setiap doa, adik dengar tangisan ibu.ibu.... walaupun ibu sembunyi kesedihan ibu daripada anak-anak, adik tahu ibu...... adik rasa ibu.....
ibu pura-pura kuat di depan orang terutama di hadapan anak-anak.ibu tak mau lumpuhkan semangat anak-anak. besar sungguh pengorbananmu wahai ibuku......tapi sampai bila ibu..... adik tak sanggup tengok air mata ibu.... yang bertakung di kelopak mata setiap kali malam menjelma.adik nak ibu seperti dulu....yang kaya dengan gelak tawa guarauan manja....adik rindu ibu yang dulu....ibu yang badannya berisi...hehehe sentiasa sihat.....selalu lawan dengan sakit....sehinggakan sakit tu pun lari dan takut untuk datang kembali...hahaha
ibu..... adik nampak setiap sendu di mata ibu.... ibu boleh kaburkan dari pandangan orang tapi ibu tak boleh kaburkan dari pandangan adik... kalau boleh, setiap saat adik nak hapuskan sendu di mata ibu tu...tapi....... adik sendiri tak kuat ibu.....ibu.....terima kasih sebab selalu kuatkan untuk adik...untuk abang....untuk kakak semua....dan yang paling penting, untuk ayah...... ibu.... terima kasih sebab setiap masa tanpa ibu sedar, ibu selalu bagi aku kekuatan untuk teruskan hidup ini....adik tak boleh bayangkan hidup adik tanpa kehadiran ibu di sisi.....ibu.... walau apa pun, adik akan ingat ayat ibu.ibu pernah kata dekat adik "adik...adik kuat yaaa.adik kuat sama-sama dengan ibu...tolong ibu yaa adik" ibu, adik takkan lupa ayat ibu tu dan adik takkan lupa peristiwa yang terjadi pada keluarga kita pada bulan Ramadhan tahun 2013.ADIK TAKKAN LUPA.sebab adik sendiri sama-sama mengalami peristiwa tersebut.disebabkan peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan yang lepas, adik dah banyak belajar erti kehidupan dan hidup berdikari. Allah Maha Adil ibu....Allah Maha Mengetahui.....


AYAH.........
Allah sedang mengujimu wahai ayahku..... tabahkan hatimu....kuatkan semangatmu..... adik tau ayah memang kuat.sebab ayah kan superhero adik! selama adik hidup 20tahun ni, ayah lah satu-satunya hero yang adik ada! adik sayang ayah sangat...... ayah teruskan kuat yaa. ayah tak boleh lemah.sebab kekuatan adik ada pada ayah dan ibu.... kalau ayah dengan ibu tak kuat, macam mana adik nak kuat..... adik sangat lemah ayah.....adik sangat rapuh..... tolong adik untuk sama-sama kita kuat yaa ayah....
ayah....ayah sembunyikan kesakitan ayah dari pengetahuan orang lain.... di mata orang ramai, ayah adalah 'pakya' yang sentiasa sihat, happy, ceria, bahagia... tapi hanya Allah yang Mengetahui apa yang ayah alami.... ayah seorang ayah yang kuat....cekal.... ayah gagahi jugak untuk ke masjid walaupun adik tau ayah tak sihat... semoga Allah merahmatimu wahai wira hatiku......
bila siang, ayah seoarang yang kuat...lakukan aktiviti seperti tiada apa yang berlaku....ayah teruskan hidup ayah dengan senyuman walaupun pahit.adik tau ayah..... ayah seperti ibu... walau apa pun keadaan sekalipun....ayah tetap tersenyum... ayah masih lagi seperti sebelumnya...masih lagi dengan gelak tawa ayah... tapi disebalik gelak tawa ayah tu....adik tau..... ayah sedang simpan beribu-ribu kesakitan serta kesedihan.... ayah takmau orang tengok ayah dalam keadaan ayah yang kurang sihat. ayah takmau bagi anak-anak risau.... ayah boleh tipu abang2 dan kakak2. tapi ayah tak boleh tipu adik.. adik dah tau segalanya.....
adik dah tengok sendiri macam mana keadaan ayah bila ayah sendirian dengan ibu.
ya Allah....... berikanlah kekuatan kepada ayah dan ibuku......sesungguhnya, matun tak sanggup tengok ayah menahan kesakitan tersebut....semoga ayah diberikan kesembuhan... semoga ayah dan ibu sentiasa kuat untuk tempuhi ujian ini.....


perkara yang paling aku takut dalam hidup sejak kebelakangan ni ialah KEHILANGAN..... sesungguhnya, aku tak sanggup dan masih belum bersedia...... aku tak bersedia untuk kehilangan mereka-mereka yang aku cintai di dunia dan di akhirat kelak. walaupun aku pernah hilang orang yang aku sayang.....
ibu selalu pesan dekat aku, walau apa pun yang berlaku..... belajarlah untuk menerima qada' dan qadar Allah.... tu semua kententuan Allah....takdir Allah.... insyaAllah ibu ayah.....
semoga ayah dan ibu terus diberikan kekuatan....kesihatan... dipanjangkan umur.... dan semoga Allah beri ganjaran syurga buat para ibu dan para ayah di dunia ini....amin, insyaAllah.... :)


Comments

Popular posts from this blog

every ticking of clock is gold!

Aman and Guns N' Roses

oh TUHAN.....