perubahan yang amat memeritkan

hari demi hari kami semakin menjauh
aku sendiri pun tak pasti apa punca kami semakin jauh
aku juga dapat merasakan semakin hari aku semakin takut dengan dirinya dan aku semakin risau jika kami terpisah.
ya, terpisah oleh waktu dan ruang.

hari demi hari, dia makin berubah.
perubahan yang ditonjolkan telah membuatkan aku sedih, perit, menyesakkan dada.
dia terlalu berubah.
dia dah tak seperti dahulu.
sekarang dia dah lain sangat.
ya, aku sangat sedih dan rindu.
aku rindu dia.

dia yang dahulunya selalu bersamaku tak kira apa keadaan sekalipun.
dia yang lebih utamakan aku dalam banyak-banyak hal.
dia yang mengambil berat tentang diri aku.
dia yang sangat prihatin soal makan dan minumku.
dia yang menjagaku setiap masa.
dia yang melayan diriku seperti puteri raja
dan yang lebih penting, dia yang lebih menyayangiku....

kini, aku dapat rasakan kasih sayang yang ditonjolkan selama ini, telah lama pudar sikit demi sedikit.
sekarang, aku rasa dia dah tak jaga aku.
dia dah lepaskan aku.
dia dah tak pedulikan aku.
dia dah tak ambil berat tentang diri aku.
dia yang lebih suka hidup dalam dunia gelapnya sendiri.

ya Allah, aku sangat rindukan dia.
walaupun setiap masa kami bergaduh, tapi matul masih rasa dan yakin dia sayang matul.
sekarang, kami tak ada masa nak bertemu dan bergaduh seperti dahulu.
dia yang telah hanyut dalam dunianya sendiri, makin berjauhan dengan keluarga.
jika diberi pilihan, matul lebih rela gaduh setiap masa daripada berdiam diri sebegini.

selalunya, kalau matul ada masalah,
dia orang pertama yang matul akan rujuk.
sekarang, matul dah taktau nak rujuk sapa dulu.
matul buntu.hanya kepadaMu ya Allah.....
Engkau Maha Mengetahui, Engkau tahu apa yang sedang terjadi..
permudahkanlah segalanya ya Allah.....

perubahan dia sekarang sangat mengecewakan matul.
dahulunya, nak tinggi suara pun dia tak sanggup.
tapi sekarang, dia dah suka marah-marah
dan matul sangat tak suka........
tak suka sebab dia bukan jenis orang yang suka marah-marah.
dia seorang yang sangat cool.
but now, dia dah jadi HOT!
HOT TEMPER! and I am sad....
very sad...very very sad :'(

sekarang matul sorang-sorang
tak ada lagi dah kawan nak gaduh-gaduh
takda lagi dah orang yang nak usik matul
takda dah orang yang ambil tau pasai matul
takda dah orang yang nak jaga matul
ya Allah.............sedihnyaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

"ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa dia.....Kau berilah petunjukMu dan HidayahMu kepada dia...lembutkanlah hati dia ya Allah.....kembalikanlah dia yang dahulunya kepadaku..... sedarkanlah dia ya Allah....semoga dia sentiasa berada di landasan yang betul...amin ya rabbala'lamin....."

Comments

Popular posts from this blog

Sah pekasam

................................

KOSONG