oh TUHAN.....

dulu aku bisa duduk berjam-jam memikirkan satu perkara
iaitu "BIARLAH RAHSIA....."
aku pernah tersesat jalan suatu ketika dahulu
tapi aku sudah diberi jalan keluar
apabila aku sudah dapat keluar
aku bingung.
aku xtahu apa yang perlu aku lakukan (kehidupan)
aku sering mensia-siakan peluang yang ada di depan mata aku
buktinya sudah pun terbukti
aku sudah membuat ibu dan ayah ku menangis
aku xtahu kenapa mereka menangis
adakah mereka bahagia?
ataupun mereka menangis kesedihan?
mereka langsung tidak pernah memberitahunya kepada aku
aku sudah melakukan kesilapan yang besar dalam hidup aku
iaitu aku telah menganggap tangisan mereka itu merupakan tangisan kebahagiaan
aku sedar...aku bukanlah anak yang seperti mereka harapkan
aku masih gagal dalam menjalani liku2 hidup ini
adakah aku masih muda untuk mengerti semuanya?
tetapi aku dah cukup remaja....
aku sudah pun besar dan sudah pun tahu yang mana betul dan yang mana salah
mungkin aku masih dalam penjagaan ibu dan ayah?
aku bersyukur sangat kerana mendapat ibu dan ayah seperti mereka
sekarang, aku sedang mencuba untuk menjadi anak yang terbaik seperti yang mereka harapkan
aku x nak sakiti hati kecil mereka lagi
cikgu aku pun pernah bagitau aku suatu ketika dahulu
bahawa apabila

"cikgu tengok wajah mak kamu, cikgu tau yang mak kamu tu ada harapan yang menggunung pada kamu.harapan dia tinggi sangat.kamu pernah melawan cakap mak kamu tak halimatul?" kata2 tu aku masih ingat sampai sekarang.

"errr, cikgu...saya pernah melawan.tapi saya dah minta maaf.saya x sampai hati nak sakiti hati ibu.saya takut.saya takut jadi anak derhaka.saya xmau"

"halimatul....ingat pesan cikgu ni.jangan sesekali melawan cakap ibu.tau? jadi lah anak yang baik...anak yang solehah..cikgu tau.mak kamu selalu doakan kamu.cikgu pun macam mak kamu lah.hari2 cikgu doakan untuk kamu semua."

"insyaAllah cikgu..."

"cikgu tau kamu boleh...usaha halimatul.jangan putus asa.selalu minta restu kat mak dan ayah.cikgu tau kamu anak yang baik.tengok dari muka kamu pun cikgu dah tau.."

persoalannya, baikkah aku? aku ni manusia yang jahat sebenarnya....manusia yang sering menyakiti hati manusia lain.dulu mungkin aku ni boleh dikategorikan dalam kumpulan manusia yang baik.tapi sekarang, entah laa.aku sendiri pun x faham apa dah jadi dengan diri aku ini.aku selalu sakitkan hati kawan baik aku.boleh dikata hari2.tapi aku tau mereka sakit tetapi mereka xbgtau aku.kecualilah apa yang aku buat tu betul2 menyakitkan.

oh TUHAN....
harapan datang saat dia kehilangan
sekarang aku sudah pun kuat untuk menjalani hidup seperti dahulu
*ni part yang over sikit
setelah dia pergi aku dapat rasakan yang aku kehilangan sesuatu
sudah sekian lama aku mencari apa yang aku hilang
tapi aku sudah tidak ada masa untuk mencarinya
kerana masa yang aku ada sangat singkat
aku tau aku xsempat untuk mencarinya
sangat beruntung kepada mereka yang tahu apa yang mereka carikan dalam hidup
kerana mereka sudah ada hala tujunya

apabila difikirkan kembali,
apa yang aku tercari-cari selama ini hanya ada di depan mata aku sendiri
cuma aku saja yang xnampaknya
tapi sekarang!!!
aku dah nampak.dan aku akan dapatkannya
aku xakan lepaskan itu lagi
sekarang aku hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk aku
dapat apa yang aku hilang selama ini
insyaAllah ~

NEVER EVER EVER LOOK BACK ANYMORE ! LIFE MUST GO ON ! LET BY GONE BE BYGONE ! STRIVE FOR SUCCESS !

Comments

Popular posts from this blog

every ticking of clock is gold!

Aman and Guns N' Roses