IBU....

"duhai apakah gerangan budi balasan,
bagi insan melahirkan membesarkan,
bercucuran air mata bila mengenangkan,
betapa gah besar budi ibunda berikan,
siang malam menderita hingga entah bila,
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan..

duhai apakah gerangan budi balasan,
bagi insan melahirkan membesarkan,
tiada bahgia jika tiada doa puja restu,
syurga itu di telapak kaki ibu......"


syurga di telapak kaki ibu.makanya, buat lah baik kepada ibu.hormati dia.ibu lah yang melahirkan kita ke dunia ni.dengan izin Allah, alhamdulillah kita dapat menjengah ke alam ini.tanpa ibu, entah siapalah kita.buat lah baik kepada ibu sementara beliau masih ada.kalau Allah dah jemput ibu balik, nak buat baik pun, dah tak boleh dah.hanya doa sajalah yang mengiringi ibu..layan lah ibu dengan sebaik-baiknya....


Allah berfirman;

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

maka.....sayangilah ibu anda sepertimana beliau menyayangi dan mencintai anda sejak kecil...doakan kepada ibu dan ayah selalu....

doa untuk kedua ibu bapa
Bismillahirrahmanirrahim.....

"Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma kama robbayani soghiro"

maksud: Ya Allah ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.... 

aminnnnn.....ya robbala'lamin......

dan jangan lupa, katakan I LOVE YOU IBU!!!! everyday yaa. :)




Comments

Popular posts from this blog

Sah pekasam

................................

KOSONG